Pendaftaran BRJHM 2026 Dibuka, Sasar 5,000 Peserta
KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER 2026 – Pendaftaran Bank Rakyat Johor Half Marathon (BRJHM) 2026 kini dibuka kepada pelari tempatan dan antarabangsa, dengan acara itu dijadualkan berlangsung di Iskandar...
KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER 2026 – Pendaftaran Bank Rakyat Johor Half Marathon (BRJHM) 2026 kini dibuka kepada pelari tempatan dan antarabangsa, dengan acara itu dijadualkan berlangsung di Iskandar Puteri, Johor pada 7 November ini. Sebanyak 5,000 penyertaan disasarkan dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai USD15,400. Setakat ini, lebih 2,000 peserta telah mendaftar.
BRJHM 2026 menawarkan tiga kategori iaitu separuh maraton 21.1 kilometer (km), 10 km dan 5 km. Kategori 10 km dan 5 km terbuka kepada semua peringkat umur sebagai acara bukan kompetitif, manakala separuh maraton 21.1 km dipertandingkan secara kompetitif mengikut kategori lelaki, wanita dan veteran bagi peserta Malaysia serta antarabangsa.
Kemeriahan acara akan dimulakan menerusi Bank Rakyat Sports Festival pada 5 dan 6 November yang menghimpunkan pelbagai jenama sukan, promosi serta aktiviti interaktif. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web atau aplikasi JomRun, manakala pemegang Kad Debit-i dan Kad Kredit-i Bank Rakyat turut menikmati diskaun 10 peratus bagi yuran pendaftaran.
No Comment! Be the first one.