Pasport Malaysia Lebih 10 Tahun Dihentikan Serta-Merta
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun, susulan isu kesukaran...
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun, susulan isu kesukaran perjalanan yang dihadapi segelintir pemegang pasport berkenaan ketika berada di luar negara.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, perkara itu telah dirujuk kepada International Civil Aviation Organization (ICAO), yang memaklumkan tiada halangan terhadap pelaksanaan PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun. Bagaimanapun, kekeliruan timbul apabila beberapa syarikat penerbangan luar negara menghadapi masalah ketika proses pendaftaran masuk melibatkan pemegang PMA terbabit.
Sehubungan itu, pemegang PMA sedia ada yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan ditawarkan penggantian pasport secara percuma dengan tempoh maksimum 10 tahun. Menurut Zakaria, pemegang yang terjejas turut diberi keutamaan bagi urusan penggantian, manakala JIM akan memaklumkan perkara itu kepada syarikat penerbangan bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan masalah perjalanan di luar negara.
No Comment! Be the first one.