Lebih 100 Majikan Sertai Mega JobCare Selangor 2026
Mega JobCare Selangor 2026 bersama MYFutureJobs bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Sabtu dan Ahad ini dengan menawarkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan daripada lebih 100...
Mega JobCare Selangor 2026 bersama MYFutureJobs bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Sabtu dan Ahad ini dengan menawarkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan daripada lebih 100 majikan merangkumi pelbagai sektor, khususnya pembuatan dan pelancongan. EXCO Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata program itu dijangka menarik antara 10,000 hingga 15,000 pengunjung yang ingin mencari pekerjaan dan mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya.
Sepanjang penganjuran, pelbagai pengisian disediakan termasuk padanan pekerjaan, temu duga terbuka, same day hiring, MYFutureJobs On-The-Go, klinik semakan resume, kaunseling kerjaya serta Interactive Career Exploration Board (MyCEC Light) di Zon JobCare. Selain itu, pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut membuka reruai dan kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan secara terus. Program ini juga menampilkan Transisi Kerjaya PLATS yang menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan kepada peserta yang berminat meneroka bidang keusahawanan.
Menurut Papparaidu, penganjuran Mega JobCare Selangor 2026 merupakan antara usaha strategik kerajaan negeri untuk memperluaskan peluang pekerjaan, meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja serta memperkukuh pembangunan modal insan. Seiring perkembangan teknologi semasa, program ini turut memperkenalkan Selangor Career Outreach (SCOUT): Skills Enhancement Programme – Generative AI Employability Masterclass bagi membantu pencari kerja meningkatkan kemahiran kecerdasan buatan (AI). Bagi menggalakkan penyertaan, kerajaan negeri turut menyediakan Pasport Jelajah Kerjaya Selangor bernilai RM10 kepada peserta yang melengkapkan aktiviti ditetapkan, selain Insentif Bantuan Kehilangan Kerja RM50 kepada individu yang layak.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.