‘HEALING’ DI PANTAI DESARU…
Hai semua.. Pernah tak rasa yang percutian paling bermakna sebenarnya bukan sebab tempat yang mewah, tapi sebab dapat luangkan masa bersama orang tersayang? Itulah yang abang rasa sepanjang bercuti...
Hai semua..
Pernah tak rasa yang percutian paling bermakna sebenarnya bukan sebab tempat yang mewah, tapi sebab dapat luangkan masa bersama orang tersayang? Itulah yang abang rasa sepanjang bercuti di Tiara Desaru Seaview Residence minggu lepas.
Orang kata, kalau ‘plan’ betul-betul, tak menjadi pulak. Tapi kali ni abang no 3 plan, terus jadi ke Tiara Desaru. Best tempat ni sebab kolam renang ada 2, yang panjang sesuai untuk nak ‘healing’ tapi kurang sesuai untuk anak-anak kecil. Satu lagi memang seronok untuk anak-anak mandi manda. Kalau nak mandi kat pantai waktu petang sambil nikmati sunset pun seronok. Ada tempat barbeku juga kat situ.
Kadang-kadang, kita tak perlukan percutian yang jauh pun untuk cipta kenangan yang indah. Cukup sekadar dapat berkumpul bersama keluarga, ketawa, bergurau dan menikmati masa tanpa memikirkan rutin harian.
Bagi abang, percutian bukan sekadar tentang destinasi. Ia tentang masa yang diluangkan bersama keluarga, saat kita dapat berhenti seketika daripada kesibukan kerja dan memberi sepenuh perhatian kepada insan tersayang.
Insya-Allah, kalau ada rezeki, pasti kami akan kembali lagi.
“Kenangan terbaik bukanlah tentang ke mana kita pergi, tetapi dengan siapa kita berkongsi setiap detik perjalanan itu.” ❤️


No Comment! Be the first one.