“Terima Kasih”
Hi Gaisss… SIhat tak tu….? semoga semua dalam keadaan baik2 belaka 😊 Nak story sikit ni, tadi dekat kedai makan masa keluar dengan family, Ieqa nampak seorang pelanggan nak keluar sambil...
Hi Gaisss… SIhat tak tu….? semoga semua dalam keadaan baik2 belaka 😊 Nak story sikit ni, tadi dekat kedai makan masa keluar dengan family, Ieqa nampak seorang pelanggan nak keluar sambil pegang banyak barang. Kebetulan Ieqa ada tepi pintu tunggu meja kosong. So, Ieqa cepat-cepattolong bukakan pintu untuk mudahkan dia keluarlah.
Guess what gaisss…..dia lalu macam tu je… langsung tak pandang, apatah lagi nak ucap “terima kasih.”
Ieqa bukanlah nak mengharapkan balasan atau penghargaan yang besar. Kadang-kadang, dua perkataan tu dah cukup buat orang yang menolong rasa dihargai.
Ucapan “terima kasih” memang percuma, tapi nilainya sangat besar.
Korang pernah tak alami situasi macam Ieqa ni? Atau korang memang jenis tak pernah lupa ucap terima kasih walaupun untuk pertolongan yang kecil? 😊
Perkara seperti ini pernah saya alami ketika di area medan selera sebelah pasar kg Melayu, sebelum upgrade, ketika saya berjalan kaki nak ke medan selera ada lah seorang akak di depan saya terjatuh sesuatu, wang rm50 bergulung, maka saya pun panggil la akak tu memberitahu wang nya jatuh, namun bukan ungkapan terima kasih dan senyuman yg dia berikan, malangnya dengan hanya menjeling sambil berkata “eh” dan dia berlalu pergi… Hmmm “sama-sama” tidak semestinya kebaikan kita di hargai….