SAMA KE TAK?
Throwback masa umur 20 tahun.. Kalau sebut pasal kumpulan Spoon.. mesti ramai yang terus terkenang zaman kegemilangan mereka. Masa tu, lagu-lagu Spoon memang sentiasa berkumandang kat radio. Boleh...
Throwback masa umur 20 tahun..
Kalau sebut pasal kumpulan Spoon.. mesti ramai yang terus terkenang zaman kegemilangan mereka. Masa tu, lagu-lagu Spoon memang sentiasa berkumandang kat radio. Boleh kata hampir semua orang hafal liriknya.
Abang pun tak terkecuali. Terjebak sekali dengan fenomena masa tu. Sampai sanggup simpan rambut ala-ala Along Spoon. Masa tu rasa memang bergaya habis la. Bila berjalan tu, rasa macam dah ada aura artis walaupun hakikatnya pergi kerja je. 😂
Bila tengok balik gambar ni, memang mengimbau memori masa umur abang 20 tahun. Zaman yang serba sederhana, tapi seronok. Dulu ikut trend sebab minat, sekarang simpan gambar sebab nostalgia.
Siapa dulu pernah ikut trend rambut Along Spoon? Jangan malu… kita geng! 😆❤️
No Comment! Be the first one.