The Odyssey Terus Pecah Panggung, Kutipan Cecah AS$639.6 Juta
Filem epik arahan Christopher Nolan, The Odyssey, terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila meraih kutipan global sebanyak AS$639.6 juta selepas hanya dua minggu ditayangkan di pawagam. Daripada...
Filem epik arahan Christopher Nolan, The Odyssey, terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila meraih kutipan global sebanyak AS$639.6 juta selepas hanya dua minggu ditayangkan di pawagam. Daripada jumlah itu, AS$353.2 juta disumbangkan oleh pasaran antarabangsa, manakala AS$284.4 juta lagi diperoleh di Amerika Utara.
Diadaptasi daripada puisi epik Yunani karya Homer, filem yang dibintangi Matt Damon sebagai Odysseus itu mengisahkan perjalanan pulang seorang raja selepas Perang Trojan. Walaupun berdurasi hampir tiga jam dan diklasifikasikan untuk penonton dewasa, naskhah terbitan Universal Pictures itu kekal mendapat sambutan hangat, termasuk mencatat kutipan minggu kedua yang kukuh di 81 pasaran antarabangsa.
Lebih menarik, The Odyssey kini tersenarai antara lima filem Hollywood dengan kutipan tertinggi tahun ini meskipun belum ditayangkan di China, Jepun dan Korea Selatan. Tayangan dalam format IMAX turut menyumbang AS$140 juta kepada kutipan keseluruhan, dengan Ketua Pegawai Eksekutif IMAX, Richard Gelfond, memuji kemampuan Nolan menghasilkan filem yang terus menarik penonton ke pawagam.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.