Nelydia Senrose Selamat Bersalin, Hafez Luah Rasa Syukur
Pelakon Datin Nelydia Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung, seorang bayi lelaki, pada 26 Julai lalu. Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi, menerusi Instagram,...
Pelakon Datin Nelydia Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung, seorang bayi lelaki, pada 26 Julai lalu. Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi, menerusi Instagram, namun wajah dan nama bayi mereka masih belum didedahkan.
Menerusi hantaran itu, Hafez meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Nelydia atas pengorbanannya melahirkan zuriat yang dinantikan. Beliau menyifatkan isterinya sebagai wanita yang tabah dan menganggap kelahiran anak mereka sebagai anugerah paling bermakna dalam hidup.
Pada April lalu, Nelydia mengumumkan kehamilan anak sulung sempena ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.
Foto kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.