Johor Cipta Sejarah Lantik 10 Timbalan EXCO
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor mencatat sejarah baharu apabila melantik 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), buat pertama kali dalam...
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor mencatat sejarah baharu apabila melantik 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), buat pertama kali dalam pentadbiran negeri. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan yang mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail itu diumumkan semalam bagi memperkukuhkan pentadbiran kerajaan dalam menjayakan agenda Maju Johor 2030 dan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP).
Antara ADUN yang dilantik ialah Zaidi Jafar (Rengit), Nadhirah Afiqah Abdul Rahim (Serom), Anwar Abdul Manap (Pemanis), Mohd Youzaimi Yusof (Tenggaroh), Syed Hussein Syed Abdullah (Mahkota), Datuk Mohammad Najib Samuri (Parit Yaani), Chan San San (Johor Jaya), Sahrihan Jani (Gambir), Chua Jian Boon (Layang-Layang) dan V Rugendran (Kahang). Mereka akan membantu EXCO mengikut portfolio masing-masing bagi memperkukuhkan pelaksanaan dasar dan program kerajaan negeri.
Menurut Onn Hafiz, pelantikan itu membawa amanah besar untuk mempercepat penyampaian perkhidmatan, menyelaras pelaksanaan projek serta memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat dirasai rakyat. Beliau yakin kerjasama erat antara EXCO, Timbalan EXCO serta jabatan dan agensi berkaitan akan memperkukuhkan pentadbiran negeri, sekali gus merealisasikan aspirasi Maju Johor 2030 dan JETP.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.