Onn Hafiz Zahir Penghargaan Kepada Bangsa Johor Atas Sokongan PRN
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, merakamkan penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan...
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, merakamkan penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.
Menurut beliau, sokongan yang diterima daripada rakyat menjadi suntikan motivasi untuk beliau bersama barisan pentadbiran negeri meneruskan amanah dengan penuh komitmen demi memastikan Johor terus berkembang dan makmur.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor atas sokongan yang diberikan. Kepercayaan ini menjadi pembakar semangat kepada saya dan pasukan untuk terus bekerja bersungguh-sungguh serta memberikan khidmat terbaik kepada negeri yang kita cintai ini.
“Semoga segala urusan dipermudahkan dan kepada Allah SWT kita berserah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam PRN Johor yang berlangsung semalam, BN mencatat kemenangan cemerlang apabila memperoleh majoriti kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri sekali gus meneruskan pentadbiran bagi penggal baharu.
Keputusan tersebut dilihat mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Onn Hafiz serta prestasi pentadbiran kerajaan negeri yang diterajuinya sepanjang penggal sebelum ini.
No Comment! Be the first one.