SEHARIAN DI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH..
Kadang-kadang, kebahagiaan itu datang daripada perkara yang paling sederhana. Tak perlu bercuti jauh atau berbelanja besar, asalkan dapat keluar berjalan-jalan bersama keluarga, itu pun sudah cukup...
Kadang-kadang, kebahagiaan itu datang daripada perkara yang paling sederhana. Tak perlu bercuti jauh atau berbelanja besar, asalkan dapat keluar berjalan-jalan bersama keluarga, itu pun sudah cukup membahagiakan.
Hujung minggu lepas, abang pilih Melaka sebagai destinasi untuk “healing”.
Destinasi pertama kami ialah Melaka River Cruise. Seronok menyusuri Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan di kiri dan kanan sungai. Bangunan-bangunan lama, mural yang cantik dan suasana bandar yang tenang buatkan perjalanan terasa begitu santai. Muhammad pula teruja bila dapat naik bot menyusuri Sungai Melaka.
Lepas itu, bawa Muhammad naik beca pula. Sepanjang perjalanan dia seronok tengok kiri kanan suasana Bandar Hilir ni. Atok yg bawa beca ni pula jenis yg suka bercerita perihal sejarah. Jadi sepanjang perjalanan tu memang banyaklah info sejarah yang dapat.

Terakhir kami singgah pula ke Menara Taming Sari. Bila perlahan-lahan naik ke atas, boleh tengok pemandangan Bandaraya Melaka dari sudut yang berbeza. Cantik… tenang… dan cukup mengagumkan.
Percutian kali ini mungkin singkat, tetapi kenangannya pasti akan kekal lama. Setiap detik yg dirakamkan dan diluangkan bersama menjadi memori yang tidak ternilai.
Semoga Muhammad Shiraz ingat kenangan jalan-jalan naik bot, naik beca & Menara Taming Sari..nanti Abi bawa jalan-jalan naik keretapi pula yer…
No Comment! Be the first one.