Sifat AMARAH Tak Gentle Bro!
Assalamualaikum sekali lagi geng.. Aiman mencelah sekali lagi, kali ni terpanggil nak ingatkan sesiapa je kat luar sana, termasuk kat diri sendiri ni supaya lebih hati-hati dengan soal PERASAAN....
Assalamualaikum sekali lagi geng..
Aiman mencelah sekali lagi, kali ni terpanggil nak ingatkan sesiapa je kat luar sana, termasuk kat diri sendiri ni supaya lebih hati-hati dengan soal PERASAAN.
Bukan apa, baru-baru ni tular situasi tegang yang menyebabkan kekasaran antara seorang pemandu kereta dengan pemandu lain. Difahamkan punca sebab dihimpit kat laluan jalan, dan yang dihimpit melepaskan amarah hingga buat kekasaran. Sayang bro. Sabar sikit, tak layan rasa amarah tu, insha Allah semua baik-baik..

Hati kita, rasa kita, diri sendiri yang kena kawal. Ada betulnya yang orang sebut, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Awak ada anak bini, tapi bila satu langkah yang salah kerana ikut NAFSU AMARAH, akhirnya akan buat diri sendiri menyesal tak berkesudahan. Yelah. Boleh didakwa tau! Dan merugikan diri sendiri.

So lepas ni, jom la kita sama-sama bawak kereta tu dengan hemah, kuatkan sabar dan senyum je la geng bila driving ok! 😃
No Comment! Be the first one.