Bank Rakyat Salur RM121 Juta Pembiayaan Kepada 150 Usahawan Johor
Sebanyak RM121 juta pembiayaan telah disalurkan oleh Bank Rakyat kepada 150 usahawan di Johor sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini bagi memperkukuh daya tahan serta merancakkan pertumbuhan...
Sebanyak RM121 juta pembiayaan telah disalurkan oleh Bank Rakyat kepada 150 usahawan di Johor sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini bagi memperkukuh daya tahan serta merancakkan pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri berkenaan. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata jumlah itu mencerminkan permintaan yang terus tinggi terhadap pembiayaan perniagaan, khususnya dalam kalangan PMKS yang berdepan cabaran peningkatan kos operasi dan ketidaktentuan ekonomi global.
Menurut beliau, usahawan masa kini memerlukan lebih daripada sekadar modal, sebaliknya turut memerlukan bimbingan, akses pasaran, rangkaian perniagaan serta sokongan berterusan untuk berkembang secara mampan dan berdaya saing. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Cawangan Bank Rakyat dan Pusat Perbankan Perniagaan Bank Rakyat di Johor Bahru.
Dalam lawatan sama, beliau turut menyampaikan pembiayaan keseluruhan berjumlah RM1.53 juta kepada tiga usahawan Johor, melibatkan RM1 juta kepada Diesel Truck Sdn. Bhd. menerusi BR Prosper-i, RM500,000 kepada Stesen Minyak Perintis melalui BRPlus-i dan RM25,000 kepada Ho Jin Yuan menerusi BRJohorNiaga. Lawatan kerja tersebut diadakan bersempena Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 yang berlangsung di Angsana Mall Johor Bahru dari 5 hingga 7 Jun, yang menghimpunkan pelbagai inisiatif pembangunan usahawan termasuk latihan, padanan perniagaan, akses pembiayaan dan promosi produk tempatan.
No Comment! Be the first one.