Umar Lakar Rekod Baharu, Gegar Terbuka New Taipei City
Atlet olahraga negara, Umar Osman sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter (m) lelaki pada saingan Terbuka Olahraga New Taipei City 2026 di...
Atlet olahraga negara, Umar Osman sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter (m) lelaki pada saingan Terbuka Olahraga New Taipei City 2026 di Taiwan pada 06 Jun 2026. Dalam aksi separuh akhir, Umar merekodkan masa 45.73 saat (s), mengatasi rekod kebangsaan 46.09s yang dipegangnya sebelum ini.
Catatan tersebut bukan sahaja memperbaharui rekod kebangsaan, malah menyaksikan atlet berusia 22 tahun itu muncul sebagai rakyat Malaysia pertama yang berjaya menamatkan perlumbaan 400m lelaki dengan masa di bawah 46 saat. Pencapaian itu sekali gus membuktikan peningkatan prestasi konsisten Umar di pentas antarabangsa.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.