Harga Petrol dan Diesel Turun, Kerajaan Terus Kekal Subsidi Bersasa
Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung mencatatkan penurunan bagi tempoh 4 hingga 10 Jun, selaras dengan pelarasan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM)....
Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung mencatatkan penurunan bagi tempoh 4 hingga 10 Jun, selaras dengan pelarasan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM). Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga RON97 turun 30 sen kepada RM4.35 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi dan diesel masing-masing berkurangan 20 sen kepada RM3.72 dan RM4.67 seliter.
Pada masa sama, kerajaan mengekalkan harga bahan api bersubsidi bagi kumpulan sasar dan sektor tertentu, termasuk RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 seliter serta diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter. MOF berkata langkah itu bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta mengekang kesan kenaikan kos pengangkutan dan logistik.
Menurut kementerian itu, walaupun harga runcit minggu ini menurun susulan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa, pasaran petroleum global masih berdepan ketidaktentuan akibat konflik dan gangguan bekalan di Asia Barat. Justeru, kerajaan menggesa pengguna mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memastikan keterjaminan bekalan negara.
Kredit gambar: Berita Harian
No Comment! Be the first one.