JMF Buka Pengambilan Baharu, Anak Johor Dipelawa Sertai Askar Timbalan Setia Negeri
JOHOR BAHRU – Johor Military Forces (JMF) menerusi Markas Askar Timbalan Setia Negeri Johor akan mengadakan siri jelajah pemilihan bagi mencari calon-calon baharu untuk menyertai pasukan keselamatan...
JOHOR BAHRU – Johor Military Forces (JMF) menerusi Markas Askar Timbalan Setia Negeri Johor akan mengadakan siri jelajah pemilihan bagi mencari calon-calon baharu untuk menyertai pasukan keselamatan negeri itu.
Program pemilihan berkenaan akan berlangsung di Dataran Segamat pada 6 Jun 2026 sebelum diteruskan di Stadium Bandar Penawar sehari kemudian, iaitu pada 7 Jun 2026.
Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan, dengan keutamaan diberikan kepada rakyat Johor yang berminat membina kerjaya dalam pasukan beruniform berprestij tersebut.
Calon yang hadir perlu membawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan, selain mengenakan pakaian sukan yang bersesuaian kerana akan menjalani beberapa ujian serta penilaian fizikal sepanjang sesi pemilihan.
Inisiatif itu dilihat sebagai platform bagi melahirkan lebih ramai anggota yang berdisiplin, berdaya tahan dan bersedia menggalas tanggungjawab mempertahankan institusi serta kedaulatan negeri Johor.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan syarat akademik dan kelayakan fizikal menerusi Media Digital Johor serta saluran rasmi Telegram Johor Military Forces.
Foto Kredit: Khairul Safwan
No Comment! Be the first one.