Posting “Terbuka” Aiman Buat Selebriti Tak Hargai Usaha Aktivis GSF
Assalamualaikum dunia, apa khabar semua? Kesal, kecewa dan tak sangka.. Ayat yang bermain kat fikiran Aiman saat kita masih lagi mengharapkan kebaikan, keselamatan dan pembebasan buat rakyat G4z4....
Assalamualaikum dunia, apa khabar semua?
Kesal, kecewa dan tak sangka.. Ayat yang bermain kat fikiran Aiman saat kita masih lagi mengharapkan kebaikan, keselamatan dan pembebasan buat rakyat G4z4. Usaha yang disatukan menerusi pelayaran Global Sumud Flotilla seharusnya dilihat suatu kebaikan buat manusia sejagat.
Kita nak lihat dunia yang lebih baik kan? Kita nak tengok bumi P4lestine indah, rakyatnya bahagia dan hidup dalam keadaan aman macam kita. Dan kita nak lihat kejayaan aktivis-aktivis GSF berjaya sampai ke pesisir pantai bumi G4z4.
But why, kenapa ada juga segelintir pihak kita, orang kita yang masih memandang serong atas usaha aktivis? Kenapa sampai sanggup tulis kata-kata negatif sampai sanggup cerca aktivis yang juga sahabat dan rakyat kita sendiri? Lebih menyedihkan, penulisan itu datang daripada orang yang ada pengaruh dalam dunia hiburan dan pempengaruh media sosial.

Melihat pula respons menerusi permohonan Aiman supaya selebriti itu untuk buat permohonan maaf terbuka jika boleh, of course ramai yang mengecam tindakan selebriti tu, tapi kecaman itu takkan ubah apa-apa.. Tegurlah, tapi tegur dengan hikmah. So kawan-kawan yang baca posting Aiman, let’s do the right thing here.
Kita terus fokus dalam mendoakan kesejahteraan semua aktivis dalam tahanan rejim zionist, dan harap sangat supaya kita tak perlekehkan usaha baik ini.
Jadilah contoh yang baik untuk pengikut kat medsos kita guys. Buat kebaikan, supaya yang datang kat kita kembali segala kebaikanNya.
Tak mampu ke sana, berdoa dari sini. Tak mampu laksana, janganlah berburuk sangka di dalam hati.
Shout out untuk Haroqs kerana bijak gunakan media sosial, untuk membuka mata semua yang cintakan keamanan! Moga Allah lindungi dan pelihara kamu brother dan juga semua 428 aktivis GSF! Insha Allah!

https://www.threads.com/@dj_aimansabri/post/DYkVO-YEjS2?xmt=AQG0oUKMWV0npxQMPc05jWiZr2dxMwfW0zhHh2Z6uGd6oZ6DVAfle-llFPrO89HZ5_SJy1Q&slof=1
No Comment! Be the first one.