Daenee pernah putus asa nak teruskan karier sebagai penyanyi?
Jom Daenee nak share sikit cerita tentang Daenee. mesti korang dah tahu kan yang Daenee ni dulu seorang penyanyi di rancangan reality show “ceria popstar 4” tapi korang tau tak selepas...
Jom Daenee nak share sikit cerita tentang Daenee. mesti korang dah tahu kan yang Daenee ni dulu seorang penyanyi di rancangan reality show “ceria popstar 4” tapi korang tau tak selepas dari rancangan teersebut macam mana Daenee teruskan minat Daenee dalam nyanyian ni?
Selepas daenee dah tamatkan sesi bersama rancangan realiti tersebut, Daenee pernah down sekali dan enggan menyanyi lagi, hilang semangat dan bila tengok mikrofon pun kalau boleh taknak sentuh pun.. kat sini ada best part, yang mana dulu Daenee ni merupakan pelajar asrama penuh, dan sewaktu Daenee berada di asrama penuh tersebut, Daenee dikenali ramai oleh rakan rakan Daenee yang berada di asrama tersebut, nak dijadikan cerita, sebelum Daenee berasrama penuh, Daenee masih bersekolah pulang balik ke rumah macam pelajar sekolah biasa, ketika itu, Daenee selalu kene kecam , kene ejek dan sebagainya tu yang buat Daenee down, dan pindah ke asrama pun sebab nak bebetul fokus belajar, jadi apa yang terjadi dekat asrama tu?
ketika di asrama, macam yang Daenee katakan, ramai yang mengenali Daenee dengan gelaran seorang “penyanyi” , apa yang saya fikirkan ketika itu, “alamak, mesti kat sini pun aku akan kene kecam” , so ceritanya, kebiasaannya pada malam menjelang di sekolah asrama penuh ni, lepas kita dah ulang kaji dan sebagainya di dalam dorm kita akan borak borak, cerita pengalaman dan sebagainya, waktu tu, saya jenis yang suka mendengar tapi bukan bercerita selagi tiada orang yang minta untuk saya bercerita, ada seorang rakan saya ni meminta saya untuk bercerita tentang kehidupan saya dalam nyanyian, jadi saya pun mulakan cerita tersebut dan mereka dengar sampai lah mereka tertidur HAHAHAHA, kira dah jadi bedtime story lah untuk mereka ni kan,
tapi itu bukan yang menarik dalam cerita ni, pernah sekali saya menyanyi berseorangan di dalam dorm, terkantoi pula dengan seorang pelajar disitu.. dan disitulah ceritanya bermula yang mana menarik minat saya dalam nyanyian semula, selepas kejadian saya menceritakan pengalaman saya sebagai seorang penyanyi, setiap malam hujung minggu sewaktu warden takde diasrama, mereka akan berkumpul dan meminta saya menyanyi untuk mereka, sambil sambil tu makan maggi dalam gayong ! HAHAHAHA dan sambil tu juga cerita pengalaman masing masing, kadang kadang waktu sesi mandi bila rakan rakan nampak saya, diorang meminta saya untuk menyanyi di dalam tandas lepastu sorang akan sambung, sorang lagi akan sambung, haa macam tu… sejak dari tu saya terus ada semangat untuk teruskan sebagai seorang penyanyi, kerana mereka, mindset saya “dulu aku selalu kene kecam, tapi dalam masa yang sama masih ada lagi orang yang boleh menerima bakat aku, kenapa aku perlu berhenti”
Sejurus tamat perseolahan sewaktu umur saya 15 tahun, tapi still sekolah okay, dunia Persekolahan Daenee ni complicated sikit, nak cerita takut lagi penat korang membaca HAHAHA, jom sambung !! mula dari situ saya teruskan bakat saya dengan menjadi penyanyi ditepi jalanan, “busking” berseorangan, kadang kadang bersama dengan kawan karib saya , kadang pergi dengan menaiki motor hingga ke kota tinggi, untuk busking semata, minat punya pasal katakan, jauh macam mana pun kita okay, sehingga harini saya bermain muzik dan menyanyi bukan kerana wang saku semata, tetapi disebabkan saya nak rasakan kegembiraan terhadap apa yang saya minat.
panjang sikit eh blog kalini, biasalah nak cerita tentang sejarah Daenee kan? sabar dan teruskan membaca okay..
Selepas kekerapan Daenee bernyanyi ditepi jalanan, adalah seorang insan yang berminat dengan Daenee dan insan tersebut berkata “saya minat dengan suara awak, suara awak ni unik, nak tak kalau saya tawarkan awak untuk menjadi penyanyi mainstream” saya pun happy that time dan saya amik nomboer telefon dia je sebernanya, tapi saya tak contact pun masa tu sebab saya berfikiran yang saya masih belum cukup umur lagi masa tu. lepas daripada kejadian tersebut, saya menerima panggilan untuk show, ini adalah momen yang paling memalukan untuk Daenee..
nak tau kisah seterusnya? stay tune okay di portal bestfm.. bersambung nanti….
No Comment! Be the first one.