halllooooo pendengar Bestfm❤️
Hai guys! Saya Ieqa. Nama penuh Ieqa ialah Noor Atika Binti Nerman. Saya berasal dari Kota Tinggi,...
Hai guys! Saya Ieqa. Nama penuh Ieqa ialah Noor Atika Binti Nerman. Saya berasal dari Kota Tinggi, Johor. Sebelum menjadi penyampai radio di Best FM, saya terlebih dahulu melanjutkan pelajaran. Sebaik tamat zaman persekolahan, saya meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam program Penyiaran TV dan Radio di Universiti Limkokwing, Cyberjaya, Selangor. Sebaik belajar di situ, saya pun menjalani latihan praktikal di Best FM. Dan dari latihan praktikal itulah kerjaya saya di radio bermula. Tapi kan saya bukan terus jadi penyampai radio tau, saya bermula sebagai penyampai berita. Di situlah saya mengumpul pengalaman yang manis.
Kalau korang nak tahu, diam tak diam hampir 17 tahun saya dalam industri penyiaran radio ini. Ini bukan satu tempoh yang sekejap. Saya pun rasa tak percaya. Haha! Sekejap masa berlalu ehk. Banyak kenangan manis yang tersimpul daripada semua ini. Ada lagi yang manis apabila saya pernah memenangi anugerah. Anugerah apa? Di mana? Yang itu kena untuk next blog ehk! Banyak lagi saya nak kongsi. Tapi yang paling penting terus chill dengan saya dalam Best Relax setiap Isnin-Jumaat, 10 pagi hingga 3 petang. Jwanjii?
No Comment! Be the first one.