Nama diberi Suhaimi bin Safar. Nama panggilan Helmi, dan saya terkenal dengan tagline sambooonnnggg! Saya merupakan seorang penyampai radio dan pengacara profesional serta korporat. Diam tak diam, hampir 24 tahun pengalaman saya dalam industri. Saya dikenali dengan gaya penyampaian yang matang, bertenaga dan dekat dengan pendengar, Ehem! Ok saya berasal dari Johor bahru, memang anak jati Johor lah. Sebagai penyampai radio, saya sentiasa komited dalam menyampaikan kandungan berkualiti serta membina hubungan yang kukuh bersama pendengar. Interaksi paling penting dalam radio. Sepanjang kerja saya, pelbagai ragam pendengar dapat saya saksikan. Dengan itu, mood juga penting sebelum on air. Perlu seimbang.
Sebaik habis kerja atau mempunyai masa lapang seperti bercuti, kebiasaannya saya gemar bersukan. Sukan yang saya minat ialah bola sepak. Selain daripada bersukan, saya suka karaoke. Yang ni memang padu! Boleh release stress. Banyak yang saya nak kongsikan selepas ini seperti bagaimana saya kekal relevan. Kena stay tuned ya. Nak dengar suara saya, jangan lupa dengar Best Havoc setiap hari Isnin-Jumaat dari jam 3 petang-7 malam.
No Comment! Be the first one.