saya digelar perosak lirik ke?
Hai semua. Saya Anna Tongai. Nama penuh saya ialah Anna Balqish Binti Abu Bakar....
Hai semua. Saya Anna Tongai. Nama penuh saya ialah Anna Balqish Binti Abu Bakar. Hah? sedap kan nama saya. Hehehe! Saya dilahirkan di Johor Bahru. Memang anak jati Johor lah orang kata. Saya seorang yang sangat mudah terhibur. Mungkin sebab itu saya disenangi oleh orang sekeliling. Bukan itu sahaja tau, saya juga seorang yang happy go lucky. Gila-gila pun ya jugak tapi tak gila. Itu parah jadinya. Haha! Paling penting saya mudah bergaul dengan orang yang saya baru kenal. Itulah karakter saya yang secara asas dapat saya kongsikan untuk pembaca blog ini.
Kepada anda yang sentiasa follow saya di media sosial, pasti anda tahu tentang saya jugak kan? Ok di media sosial, saya seorang yang dikenali sebagai pengubah lirik lagu-lagu yang sudah sedia ada kepada lirik-lirik yang lucu. Ramai yang ternanti-natikan gubahan lirik lagu saya yang seterusnya kan? Hehe itu kenalah tunggu. Dari media sosial kini di radio. Mengapa saya memilih radio? Kenapa saya di Best FM? Saya akan ceritakan dengan lebih details lagi untuk episod blog akan datang ok? Ewah! Kepada yang nak dengar celoteh dan suara saya ke udara jangan lupa untuk bersama saya dalam Best Relax setiap Isnin-Jumaat bermula 10 pagi hingga 1 petang peeps!
No Comment! Be the first one.