Tanpa ilmu, saya mungkin tidak dapat jadi ….
Hai guys! Saya Hafiz. Nama penuh Muhammad Hafiz Najmudin bin Abu Bakar....
Hai guys! Saya Hafiz. Nama penuh Muhammad Hafiz Najmudin bin Abu Bakar. Saya merupakan juara bagi pertandingan pencarian penyampai Best FM, The Next BBB (Bestcham Baru Best) pada tahun 2026. Saya berasal dari Alor Setar, Kedah dan merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik. Kiranya anak manja jugaklah kan. Sebelum menceburkan diri sebagai penyampai radio, saya pernah menimba pengalaman sebagai Barber. Macam macam gaya potongan rambut saya pernah gayakan untuk pelanggan yang datang. Dan pengalaman ini penting juga dalam grooming.
Tanpa ilmu, saya mungkin tidak dapat jadi Barber, dan disebabkan itu saya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sijil Kemahiran dalam bidang penggayaan rambut atau hairstyling. Banyak lagi pekerjaan yang saya pernah buat sebelum ini. Ada yang nak tahu kan? Kena tunggu ok? Jangan lupa dengar Best Nite Talk bersama saya dan Aiman setiap Isnin-Jumaat dari 8 malam sehingga12 tengah malam.
No Comment! Be the first one.