’52 Jahitan Di Kepala Dan Dahi’ – Penyanyi Rock Nash Terlibat Kemalangan
PENYANYI rock terkenal Datuk Nash terlibat dalam kemalangan pada Selasa hingga menerima 52 jahitan susulan kecederaan. Pelantun lagu Zahir Tak Terucap itu difahamkan terbabit dalam kemalangan...
PENYANYI rock terkenal Datuk Nash terlibat dalam kemalangan pada Selasa hingga menerima 52 jahitan susulan kecederaan.
Pelantun lagu Zahir Tak Terucap itu difahamkan terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau malam itu.
Akibat kemalangan itu, Nash menerima 24 jahitan di kepala dan 28 jahitan di bahagian dahi kiri.
Nash yang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta bersyukur tidak mengalami kecederaan teruk mahupun dalaman.
“Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar yang membantu saya malam itu.
“Alhamdulillah, saya hanya mengalami kecederaan luaran di bahagian kepala, manakala pemeriksaan dalaman mendapati tiada yang serius,” katanya.
Mengimbas kembali kejadian pada Selasa malam, Nash berkata dia menunggang motosikal pulang ke rumah selepas menunaikan solat Isyak di surau berhampiran rumahnya.
Sumber : Astro Awani
No Comment! Be the first one.