California Iktiraf Aidilfitri, Aidiladha Jadi Cuti Umum Rasmi
Negeri California di Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Aidilfitri dan Aidiladha secara rasmi sebagai cuti umum di bawah undang-undang baharu yang ditandatangani oleh Gabenor Gavin Newsom, lapor...
Rang Undang-Undang Perhimpunan 2017 yang diluluskan menjadi undang-undang pada Ahad dan memasukkan kedua-dua perayaan utama umat Islam itu ke dalam kalendar cuti umum rasmi wilayah berkenaan.
Menerusi undang-undang itu, sekolah awam dan kolej komuniti diberi kebenaran untuk bercuti pada kedua-dua perayaan berkenaan menerusi tatacara tempatan sedia ada, manakala kakitangan awam yang layak juga boleh menerima kemudahan cuti.
“Pengiktirafan Aidilfitri dan Aidiladha sebagai cuti umum wilayah adalah penetapan kalendar sivil yang memperakui kepentingan kebudayaan perayaan berkenaan kepada komuniti di California,” menurut undang-undang itu.
Sumber :
No Comment! Be the first one.