Jambatan ‘Bypass’ Kota Tinggi Kini Dibuka, Akomodasi 15,000 Pengguna Sehari
Pembukaan Jambatan ‘Bypass’ Kota Tinggi kini memberikan lega kepada penduduk dan pengguna jalan raya yang menghubungkan Johor Bahru, Mersing, serta kawasan pantai timur Johor. Laluan baharu empat...
Pembukaan Jambatan ‘Bypass’ Kota Tinggi kini memberikan lega kepada penduduk dan pengguna jalan raya yang menghubungkan Johor Bahru, Mersing, serta kawasan pantai timur Johor. Laluan baharu empat lorong dua hala ini direka lebih luas dan selesa, sekali gus mampu menampung kapasiti tinggi dengan anggaran 15,000 pengguna menerima manfaatnya setiap hari.
Projek bernilai RM104.04 juta ini merupakan hasil kerjasama Kerajaan Johor, Kerajaan Persekutuan, dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Ia bukan sekadar menaik taraf laluan strategik, malah mencatat pencapaian kejuruteraan membanggakan apabila struktur lengkung keluli seberat 1,450 tan berjaya digerakkan sejauh 1.1 kilometer ke kedudukan asal dari tapak sementara.
Secara keseluruhannya, prasarana ini bukan sahaja melancarkan aliran trafik harian, malah memperkukuh jaringan infrastruktur negeri demi menyokong pergerakan logistik dan pertumbuhan ekonomi setempat. Sesi lawatan ke tapak jambatan baharu ini turut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Foto Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.