APA-APA, NYAWA YANG UTAMA
Baru-baru ni, Aiman ada urusan balik ke kampung di Parit Raja, Batu Pahat untuk urusan majlis perkahwinan adik sedara.. Lepas settle semua, malam yang sama Aiman lepak luang masa dengan adik Aiman...
Baru-baru ni, Aiman ada urusan balik ke kampung di Parit Raja, Batu Pahat untuk urusan majlis perkahwinan adik sedara..
Lepas settle semua, malam yang sama Aiman lepak luang masa dengan adik Aiman dari KL. Dan dalam anggaran pukul 12.15am, kami baik semula kat kampung. Tiba-tiba nampak dah terjadi satu accident betul-betul depan kampung Aiman di Parit Jelutong. “Macam kenal kereta tu!” Rupanya kereta mak sedara Aiman, anak sulungnya yang bawa dah berlanggar dengan sebuah motor..
Penunggang motor ni adalah penuntut kat UTHM, dan tengah-tengah malam nak jemput kawan kat rumah sewa untuk balik ke kolej kediaman. Pemandu kereta pulak sepupu Aiman, abang pengantin.. Dia lebih menekankan keadaan dan keselamatan penunggang tu yang dah terbaring atas jalan dan Aiman sendiri pergi untuk tengok keadaan sepupu dan pelajar tu. Kaki kanan pelajar tu tak rasa katanya. Jadi elok terus call ambulans untuk tindakan pantas.

So dari penceritaan dua-dua pihak, kata pemandu dia memang bagi signal nak masuk kampung dan tak sedar pun ada motor datang dari arah kiri belakang. Dan pelajar tu pun marah sepupu Aiman katanya sepupu Aiman lambat bagi signal.
Bertekak dalam keadaan tu tak berguna gais. Yang penting nyawa dan keselamatan dua-dua pihak. Alhamdulillah, menurut presiden pelajar yang bantu iring pelajar tersebut ke hospital maklumkan dia tak cedera parah dan tak patah kaki. Alhamdulillah..

Moralnya, bila menunggang, berhematlah ok. Jangan memotong sesuka hati dari lorong kiri, dan bila memandu kereta pulak, alert keadaan sekeliling dan bagi signal 5 saat lebih awal supaya tak berlaku kecelakaan.
No Comment! Be the first one.