BILA BERTEMU SEMULA..
Seronok dapat memenuhi undangan ke majlis perkahwinan anak kepada kawan sekolah dulu. Yang seronoknya, bukan sekadar datang meraikan pengantin, tapi dapat juga berkumpul dan berjumpa semula dengan...
Seronok dapat memenuhi undangan ke majlis perkahwinan anak kepada kawan sekolah dulu. Yang seronoknya, bukan sekadar datang meraikan pengantin, tapi dapat juga berkumpul dan berjumpa semula dengan kawan-kawan sekolah abang yang dah lama tak bersua.
Masing-masing dah berubah dan dah membawa haluan masing-masing. Ada yang dah berkeluarga, ada yang dah jadi mak ayah kepada anak-anak yang besar… tapi bila dah berkumpul, perangai dan gelak tawa tu macam zaman sekolah masih belum habis.
Sembang punya sembang, keluarlah cerita lama…
“Eh, kau ingat tak dulu…” 🤣
Memang kalau dah buka cerita zaman sekolah ni boleh sampai malam berbual tak habis.
Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan. Tahniah buat pasangan pengantin, semoga perkahwinan diberkati dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
Yang berubah cuma usia, tapi kenangan tetap sama..
No Comment! Be the first one.