Masa Itu Terlalu Singkat, Maka Hargailah..
Assalamualaikum dan happy weekend gais! Update minggu ni, Aiman agak penat. Tapi gagah dalam diri tetap kena ditonjolkan walaupun terpaksa bergerak ke utara dan selatan. Apa yang terjadi? Sepanjang...
Assalamualaikum dan happy weekend gais!
Update minggu ni, Aiman agak penat. Tapi gagah dalam diri tetap kena ditonjolkan walaupun terpaksa bergerak ke utara dan selatan.
Apa yang terjadi? Sepanjang minggu ni sejak hujung minggu lepas terlalu banyak pergerakan Aiman, dan ini juga satu pengorbanan untuk family tercinta.

Bila terima perkhabaran tentang abang ipar yang diuji dengan sakit hingga dibawa masuk ke CCU, kita usahakan untuk cari masa menziarah, beri moral support kepada isteri Aiman dan keluarganya. Alhamdulillah, setakat hari ini perkembangan abang ipar Aiman semakin pulih dan dah sedar dari ditidurkan. Alhamdulillah..
Dan kebetulan, masa melawat kat hospital yang sama, sahabat baik isteri Aiman juga telah beberapa bulan diuji dengan masalah kesihatan akibat kanser. Kami ziarah, dan itu juga merupakan pertemuan mereka lepas lebih 7 tahun tak berjumpa.

Didoakan semoga abang ipar Aiman, Muhammad Musaddiq Bin Sharin terus dikurniakan kesembuhan, sama juga untuk sahabat baik isteri Aiman, Raja NurFatihah juga dikuatkan semangat dan disembuhkan dari penyakit kanser insha Allah..
Bila melihat keadaan seperti ni, kita akan fikir.. Masa itu sangatlah berharga untuk diluangkan dengan yang tersayang, dan masa itu begitu singkat untuk dinikmati.. Guys, hargailah masa dengan mereka yang tersayang..
No Comment! Be the first one.