BKJ Fasa 4: RM47.13 Juta Tambahan Untuk 235,545 Penerima
Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang bakal memberi manfaat kepada 235,545 penerima di seluruh negeri. Bantuan ini...
Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang bakal memberi manfaat kepada 235,545 penerima di seluruh negeri. Bantuan ini dijangka mula disalurkan pada minggu ketiga September, sekali gus memberi peluang kepada penerima yang layak menikmati manfaat daripada peruntukan tambahan tersebut.
Rayuan berkenaan melibatkan 21 kategori penerima daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga emas, suri rumah tidak bekerja, pasangan baharu berkahwin, penjaja dan peniaga kecil, golongan OKU, anak yatim, keluarga miskin serta penggerak komuniti, petugas dan sukarelawan. Kelulusan peruntukan tambahan itu dibuat selepas kerajaan negeri meneliti pelbagai rayuan dan maklum balas bagi memastikan mereka yang memenuhi syarat tidak tercicir.
Menurut YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, kemampuan kewangan negeri yang semakin baik membolehkan kerajaan mengembalikan lebih banyak manfaat kepada rakyat menerusi peluasan dan penambahbaikan inisiatif bantuan. Pelaksanaan BKJ turut mencerminkan usaha kerajaan negeri memperkukuh jaringan keselamatan sosial serta membantu meringankan beban kos sara hidup Bangsa Johor.
Foto Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.