Ieqa “Tumpang Glamour”
Korang!! Tengoklah siapa yang datang konti BestFM! 😱🏆Sumpah excited teruk Ieqa bila geng Boys of Straits (BOS) tiba-tiba pacak kat studio BestFM! Dah lah datang bawa aura stadium, siap usung sekali...
Korang!! Tengoklah siapa yang datang konti BestFM! 😱🏆Sumpah excited teruk Ieqa bila geng Boys of Straits (BOS) tiba-tiba pacak kat studio BestFM! Dah lah datang bawa aura stadium, siap usung sekali trofi Penyokong Terbaik Liga M 2025/2026 yang diorang baru menang hari tu. Berat tau trofi ni, seberat usaha diorang bersorak sampai serak tekak demi JDT! Bila trofi dah ada depan mata, Ieqa apa lagi… mestilah tak lepaskan peluang keemasan ni! Sambil-sambil borak dengan abang-abang BOS kita, Ieqa pun sempatlah “tumpang glamour” kejap, pastu bergambar sakan buat kenangan. Bertuah sangat rasa dapat pegang trofi hasil kreativiti dan kesetiaan Pemain Ke-12 Harimau Selatan ni. Terima kasih banyak-banyak geng BOS sebab sudi singgah konti BestFM dan kongsi kegembiraan ni dengan kami semua. Korang memang betul-betul terbaik dan tak pernah mengecewakan! 💯🔥
No Comment! Be the first one.