JDT Juara Piala Sumbangsih, Cipta Rekod Dunia 109 Aksi Tanpa Kalah
Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi kancah bola sepak tempatan apabila berjaya mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kesembilan berturut-turut. Skuad bimbingan Xisco...
Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi kancah bola sepak tempatan apabila berjaya mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kesembilan berturut-turut. Skuad bimbingan Xisco Munoz menewaskan Kuching City FC (KCFC) 3-0 dalam Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan ini lebih bermakna apabila JDT mencatatkan rekod dunia baharu menerusi 109 perlawanan liga tanpa kalah sejak 2021, sekali gus memadam rekod lama milik kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas.
Dalam perlawanan tersebut, Harimau Selatan mendahului seawal minit ke-11 menerusi sepakan lencong Marcos Guilherme hasil umpanan Bergson da Silva. Walaupun KCFC cuba bangkit menerusi peluang emas Ramadhan Saifullah pada awal babak kedua, penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi bertindak cemerlang menepis percubaan tersebut. JDT kemudiannya mengukuhkan kelebihan pada minit ke-55 apabila Oscar Arribas melepaskan rembatan kencang selepas menerima hantaran Dejan Petrovic untuk mengubah kedudukan menjadi 2-0.
Kedudukan selesa itu dimutakhlakkan pada minit ke-86 menerusi lorongan bijak kapten Arif Aiman Hanapi yang disempurnakan oleh pemain gantian, Shahab Zahedi. Kemenangan bersih 3-0 ini membolehkan JDT menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ke-11 secara keseluruhan. Hasil kerja pasukan yang mantap ini memberi permulaan positif buat Munoz dalam mengemudi saingan musim baharu bersama gergasi bola sepak tanah air itu.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.