Sekolah Boleh Ditutup Jika IPU Melebihi 200
Sekolah di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 boleh ditutup atas keputusan pengetua atau guru besar, berdasarkan pemantauan serta nasihat Jabatan Pendidikan...
Sekolah di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 boleh ditutup atas keputusan pengetua atau guru besar, berdasarkan pemantauan serta nasihat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai garis panduan pengurusan kesan jerebu yang sedang berkuat kuasa. Katanya, JPN dan PPD akan memantau bacaan IPU, manakala pentadbir sekolah perlu membuat keputusan berdasarkan keadaan setempat serta nasihat pihak berkuasa.
Beliau berkata, jika bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah membabitkan murid perlu dihentikan, termasuk aktiviti keramaian dan sukan di luar bangunan. Langkah itu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid terus terpelihara sepanjang keadaan jerebu.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.