Anugerah Liga Malaysia – Boys Of Straits Pemenang Penyokong Terbaik
Anugerah yang dinantikan ramai peminat bola sepak Malaysia iaitu Liga M Awards 2025-2026 berlangsung pada Rabu. Liga M Awards 2025-2026 diadakan bagi mengiktiraf usaha keras para pemain, jurulatih,...
Anugerah yang dinantikan ramai peminat bola sepak Malaysia iaitu Liga M Awards 2025-2026 berlangsung pada Rabu.
Liga M Awards 2025-2026 diadakan bagi mengiktiraf usaha keras para pemain, jurulatih, pegawai dan penyokong pasukan Liga Malaysia (Liga M) sepanjang musim 2025/26.
Liga M Awards dilihat secara tepat sebagai anugerah yang mengangkat kecemerlangan individu dan pasukan dalam saingan Liga Malaysia. Ini berbanding ABK yang secara umumnya merujuk kepada keseluruhan ekosistem bola sepak negara termasuk pasukan kebangsaan, pertandingan peringkat umur serta bola sepak wanita.
Bagi kategori Penyokong Terbaik menjadi milik The Boys of Straits, kumpulan penyokong JDT.Pengiktirafan berkenaan sekali lagi menyerlahkan sokongan padu penyokong Harimau Selatan yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang musim.
No Comment! Be the first one.