Ismail Izzani Lancar Single Baharu ‘ONE ON ONE’
Penyanyi dan penulis lagu, Ismail Izzani, tampil dengan single terbaharu berjudul ONE ON ONE yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia. Lagu hasil ciptaan dan terbitan ALYPH itu menjadi pembuka...
Penyanyi dan penulis lagu, Ismail Izzani, tampil dengan single terbaharu berjudul ONE ON ONE yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia. Lagu hasil ciptaan dan terbitan ALYPH itu menjadi pembuka tirai kepada album penuh Ismail yang dijangka dilancarkan tahun ini. Mengangkat tema cinta, lagu tersebut mengetengahkan kisah dua insan yang menghargai masa bersama tanpa gangguan, sekali gus menyampaikan mesej mengenai nilai kebersamaan dalam sesebuah hubungan.
Menurut Ismail, ONE ON ONE lahir daripada proses kreatif yang lebih santai bersama ALYPH, di mana mereka banyak bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman hidup sebelum menghasilkan karya berkenaan. Katanya, hubungan rapat yang terjalin menjadikan proses penulisan lagu lebih jujur dan organik, sekali gus memberi sentuhan yang lebih dekat dengan dirinya sebagai seorang pengkarya.
Penyanyi berusia 26 tahun itu turut menjelaskan bahawa single berkenaan bukan bertujuan mengembalikan era lagu-lagu lamanya, sebaliknya menjadi permulaan kepada identiti muzik yang lebih matang. Ismail berharap peminat dapat menerima evolusi tersebut dan terus menantikan album baharunya yang kini sedang giat disiapkan bersama pasukannya.
No Comment! Be the first one.