KKIA Kulai Mula Operasi di Lotus Kulai 3 Ogos
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Kulai dijadual memulakan operasi di Lotus Kulai pada 3 Ogos menerusi pelaksanaan konsep Klinik Decanting. Inisiatif bernilai RM1.19 juta itu bertujuan...
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Kulai dijadual memulakan operasi di Lotus Kulai pada 3 Ogos menerusi pelaksanaan konsep Klinik Decanting. Inisiatif bernilai RM1.19 juta itu bertujuan mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat, khususnya ibu, bayi dan kanak-kanak, dengan menyediakan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan kondusif.
Sehingga kini, projek berkenaan telah mencapai 78 peratus kemajuan dan berada pada landasan untuk disiapkan mengikut jadual. Apabila beroperasi kelak, kemudahan tersebut dijangka dapat meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan kepada lebih 92,000 penduduk, termasuk mengendalikan purata 852 pesakit sehari, dengan sekitar 281 pesakit melibatkan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak.
Kerajaan Johor turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, pihak pengurusan Lotus Kulai serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Terdahulu, Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, bersama YB Tuan Ling Tian Soon meninjau kemajuan projek berkenaan dan berharap KKM terus memberi perhatian terhadap keperluan penambahan petugas kesihatan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Foto Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.