RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik Bermula 16 Julai
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 tanpa subsidi meningkat lima sen kepada RM3.42 seliter, manakala diesel tanpa subsidi naik 10 sen kepada RM4.07 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Julai 2026. Sementara...
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 tanpa subsidi meningkat lima sen kepada RM3.42 seliter, manakala diesel tanpa subsidi naik 10 sen kepada RM4.07 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Julai 2026. Sementara itu, harga RON97 kekal pada RM4.00 seliter mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Kementerian Kewangan berkata, perubahan harga itu didorong oleh kenaikan harga minyak mentah dunia susulan ketegangan di Timur Tengah, termasuk konflik membabitkan Amerika Syarikat dan Iran serta kebimbangan terhadap laluan perdagangan di Selat Hormuz.
Menurut kementerian itu, kerajaan akan terus memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi, selain menggalakkan rakyat menggunakan bahan api secara berhemah. Penerima yang layak juga masih boleh menikmati RON95 dan diesel bersubsidi menerusi skim BUDI MADANI menggunakan MyKad.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.