Best FM Rai Ulang Tahun Ke-37 Bersama Rakan Strategik
Johor, 14 Julai 2026 – Genap 37 tahun Best FM bersiaran sebagai stesen radio swasta pertama di Malaysia. Perjalanan selama 37 tahun ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada para...
Johor, 14 Julai 2026 – Genap 37 tahun Best FM bersiaran sebagai stesen radio swasta pertama di Malaysia. Perjalanan selama 37 tahun ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada para pendengar, pelanggan, penaja serta rakan strategik yang sentiasa bersama kami dalam setiap langkah.
Sempena sambutan ulang tahun yang istimewa ini, seluruh warga Best FM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik yang telah memberikan kepercayaan dan kerjasama sepanjang tahun. Ucapan terima kasih kami tujukan kepada Bank Rakyat, Klinik Medcare, Jewel Jval, KPJ Johor, Selera Aleesya, Memento Printing, Moment Glass House, Play At Dewani, Nur Kidz, Haos Ek?, Wan Mahdam, Galeri Aura Islam, Harmony Rental dan Steed & Sip Coffee atas komitmen serta sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Setiap kolaborasi yang terjalin bukan sekadar memperkukuhkan jenama Best FM, malah menjadi pemangkin kepada pelbagai kempen, program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat serta komuniti. Kepercayaan yang diberikan menjadi inspirasi buat kami untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti dan mencipta lebih banyak peluang kerjasama yang memberi nilai kepada semua pihak.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan 37 tahun Best FM. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus berkembang, diperkukuhkan dan membawa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Best FM 37 Tahun, Suara Dunia Baharu!
No Comment! Be the first one.