Selepas jinakkan England, dua pemain Argentina cetus kontroversi
Atlanta: Dua pemain Argentina mencetuskan kontroversi selepas mengibarkan sepanduk bertulis “Las Malvinas Son Argentinas” (Malvinas adalah milik Argentina) sejurus membantu pasukan mereka...
Atlanta: Dua pemain Argentina mencetuskan kontroversi selepas mengibarkan sepanduk bertulis “Las Malvinas Son Argentinas” (Malvinas adalah milik Argentina) sejurus membantu pasukan mereka menewaskan England 2-1 pada separuh akhir Piala Dunia 2026.
Tindakan Lisandro Martinez dan Giovani Lo Celso yang mengangkat sepanduk itu sambil melambai kepada penyokong di Stadium Mercedes-Benz dilihat berpotensi melanggar peraturan FIFA mengenai larangan bahan berunsur politik di dalam stadium.
Kod Tatakelakuan FIFA melarang penggunaan sepanduk, bendera, risalah, pakaian dan bahan lain yang berunsur politik, menyinggung perasaan atau bersifat diskriminasi.
Bagaimanapun, badan induk bola sepak dunia itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.
No Comment! Be the first one.