Amira Luah Syukur, Hargai Pengorbanan Fattah Ketika Hamil dan Bersalin
Pelakon dan penyanyi, Amira Othman, 33, menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada suaminya, pelakon Fattah Amin, 36, yang banyak berkorban dan sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh...
Pelakon dan penyanyi, Amira Othman, 33, menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada suaminya, pelakon Fattah Amin, 36, yang banyak berkorban dan sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh kehamilan sehingga kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Amira berkata Fattah tidak pernah lekang daripada membantu pelbagai urusan ketika dia mengandung, malah terus berada di sisinya ketika melalui proses kelahiran yang disifatkannya sebagai satu perjuangan besar. Menurutnya, segala bantuan dan perhatian yang diberikan suaminya amat bermakna dalam fasa penting kehidupan mereka itu.
Dalam perkongsian sama, Amira turut mendoakan agar segala pengorbanan Fattah dibalas dengan ganjaran terbaik oleh Allah SWT. Terdahulu, pasangan itu selamat menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah di sebuah hospital petang semalam, sebelum berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Fattah menerusi hantaran di Instagram pada pagi tadi.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.