Neymar Belum Cergas, Sasar Kembali Pada Fasa Kalah Mati
NEW JERSEY: Bintang Brazil, Neymar, dijangka hanya dapat kembali beraksi pada peringkat kalah mati Piala Dunia 2026 selepas masih menjalani proses pemulihan kecederaan betis yang dialaminya ketika...
NEW JERSEY: Bintang Brazil, Neymar, dijangka hanya dapat kembali beraksi pada peringkat kalah mati Piala Dunia 2026 selepas masih menjalani proses pemulihan kecederaan betis yang dialaminya ketika bersama Santos FC pada 17 Mei lalu. Pemain berusia 34 tahun itu dilaporkan belum kembali menjalani latihan penuh dan sedang mengulangi ujian perubatan yang pernah dilakukan minggu lalu bagi menilai tahap kecergasannya.
Menurut media Brazil, kakitangan perubatan pasukan berharap Neymar mampu pulih sepenuhnya menjelang fasa kalah mati, sekali gus menyaksikannya berkemungkinan terlepas baki dua aksi Kumpulan C menentang Haiti dan Scotland. Persekutuan Bolasepak Brazil bagaimanapun masih belum mengeluarkan keputusan rasmi berhubung status kecederaan penyerang berpengalaman itu.
Brazil yang seri 1-1 dengan Maghribi dalam perlawanan pembukaan akan menentang Haiti pada Sabtu sebelum berdepan Scotland pada 24 Jun. Jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, berkata Neymar sedang bekerja keras untuk mempercepatkan proses pemulihannya dan menegaskan pemain itu dipilih ke dalam skuad bukan sahaja kerana kualiti teknikalnya, malah pengalaman serta pengaruh positif yang mampu diberikan kepada pemain muda pasukan.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.