Chelsea Sah Turun Menentang JDT Pada 9 Ogos
Perlawanan persahabatan berprofil tinggi antara juara 12 kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), dan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea, kini akan berlangsung lebih awal apabila...
Perlawanan persahabatan berprofil tinggi antara juara 12 kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), dan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea, kini akan berlangsung lebih awal apabila dijadualkan pada 9 Ogos ini di Stadium Sultan Ibrahim. Sebelum ini, aksi berkenaan ditetapkan pada 11 Ogos, namun penganjur, TEG Sport, mengumumkan perubahan tarikh itu selepas mendapat persetujuan bersama kedua-dua pasukan.
Menurut TEG Sport, perubahan jadual tersebut memberi ruang tambahan kepada Chelsea dan JDT untuk memperkemaskan persiapan masing-masing menjelang musim baharu. Semua tiket yang telah dibeli sebelum ini kekal sah untuk digunakan pada tarikh baharu tanpa memerlukan sebarang pertukaran atau kemas kini.
Bagi penyokong yang tidak dapat menghadiri perlawanan pada 9 Ogos, penganjur menawarkan bayaran balik penuh termasuk yuran kemudahan tiga peratus. Permohonan boleh dibuat melalui emel kepada sales@tickethotline.com.mysebelum 30 Jun, dengan proses pembayaran dijangka mengambil masa antara tujuh hingga 14 hari bekerja. Aksi itu kekal menjadi sebahagian daripada persiapan pramusim Chelsea bagi kempen 2026/27, selain memberi peluang kepada JDT menguji kemampuan menentang salah satu pasukan elit Eropah di hadapan penyokong sendiri.
Foto kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.