Tiga pemain golf remaja negara cemerlang di Singapura
PEMAIN-pemain muda di bawah Program Pembangunan Golf Junior Kebangsaan Malaysia (NJDP-MGA) terus mempamerkan kecemerlangan apabila mencatatkan prestasi membanggakan dalam International College Golf...
PEMAIN-pemain muda di bawah Program Pembangunan Golf Junior Kebangsaan Malaysia (NJDP-MGA) terus mempamerkan kecemerlangan apabila mencatatkan prestasi membanggakan dalam International College Golf Championship 2026 yang berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun 2026 di Laguna National Golf Resort Club, Singapura.
Kejohanan yang menghimpunkan hampir 100 pemain junior dari hampir 10 negara itu turut mendapat perhatian jurulatih-jurulatih daripada universiti golf terkemuka Amerika Syarikat yang hadir bagi menilai bakat-bakat muda berpotensi di rantau ini.
Tumpuan utama diberikan kepada Ammer Aiman yang membuktikan bahawa dia merupakan antara produk terbaik NJDP-MGA dan telah bersedia untuk muncul sebagai pemain utama negara pada masa hadapan apabila berjaya menjuarai kategori B-19.
Kejayaan Ammer mengatasi dua pemain tuan rumah Singapura merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila menamatkan kejohanan dengan jumlah skor empat pukulan di atas par menerusi catatan 76, 72 dan 72.
Bermain di lapangan bertaraf antarabangsa yang menjadi venue tetap Asian Tour dengan fairway yang sempit dan mencabar, Ammer mempamerkan ketahanan mental serta kematangan permainan yang tinggi sepanjang kejohanan.
Sementara itu, dua bakat muda berusia 13 tahun yang baru diserapkan ke dalam program NJDP-MGA, Adli Hazim dan Quincie, turut membuktikan bahawa pemilihan mereka ke dalam skuad elit golf junior negara adalah berasaskan merit dan kemampuan sebenar.
Adli Hazim mempamerkan aksi cemerlang dalam kategorinya apabila berjaya menewaskan pencabar dari Singapura dan Jepun.
Kredit :
No Comment! Be the first one.