‘SHORT GETAWAY’ KE DESARU
Orang kata kalau nak rehatkan dan tenangkan minda, tempatnya adalah pantai.. Sempena cuti peristiwa JDT menang Piala Malaysia edisi tahun 2025/2026, abang membawa diri kejap ke Desaru. Sebenarnya dah...
Orang kata kalau nak rehatkan dan tenangkan minda, tempatnya adalah pantai..

Sempena cuti peristiwa JDT menang Piala Malaysia edisi tahun 2025/2026, abang membawa diri kejap ke Desaru. Sebenarnya dah lama sangat nak bawa Muhammad (anak abang) mandi pantai, tapi tak berkesempatan. Sibuk sangat dengan rutin harian, sampai lupa badan kita pun perlukan rehat. Dah lama sangat tak rasa angin pantai, dengar bunyi ombak dan mandi laut macam ni. Alhamdulillah, cuaca pun elok cantik, redup je sepanjang hari.
Kali ni pergi pantai dengan abang no 3 sekeluarga. Kadang-kadang tak perlu plan dari awal pun, tiba-tiba je jadi. Lepas Subuh terus gerak, sarapan dulu dan terus ke pantai. Nak masuk ke Pantai Desaru ni cuma kena bayar RM 8 je. Nak ‘stay’ dari pagi sampai petang pun boleh. Tapi, sama-samalah jaga kebersihan pantai ye. Pastikan sampah dibuang kat tempat sepatutnya.
Ok, itu je cerita abang minggu ni..selamat bercuti panjang!
No Comment! Be the first one.