Kecil Pada Mata, Besar Maknanya.
Salam Aidiladha & Salam Hawana buat seluruh warga media, Alhamdulillah. Semalam ada sedikit masa untuk mewakili team Best FM mengambil daging qurban sumbangan daripada YAB Dato’ Onn Hafiz...
Salam Aidiladha & Salam Hawana buat seluruh warga media,
Alhamdulillah. Semalam ada sedikit masa untuk mewakili team Best FM mengambil daging qurban sumbangan daripada YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor kepada para pengamal Media Johor yang beragama Islam. Satu tanda penghargaan dan keprihatinan yang amat bermakna buat kami semua.

Hari ini pula, dipermudahkan urusan penukaran tong sampah di pejabat yang telah rosak. Terima kasih En Ariff Nizam dari Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Kerajaan SWM Environment sudi membantu mempermudah urusannya. Syukur! Kadang-kadang perkara kecil yang kita bantu, besar nilainya buat mereka.
Hidup ini bukan tentang diri sendiri, tetapi bagaimana kita boleh menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang sekeliling dengan keikhlasan dan hati yang baik. Bila kita memudahkan urusan orang, In shaa Allah, Allah akan hadirkan insan yang memudahkan urusan kita suatu hari nanti. Kebaikan itu tidak pernah rugi. Senyuman, bantuan, doa dan sikap memahami juga adalah satu bentuk rezeki yang sangat bernilai. Betulkan?
Last but not least, Selamat Hari Wartawan Nasional buat seluruh pengamal media di negara. Terus kuat, berbakti, menjadi suara masyarakat, menyampaikan informasi dengan penuh integriti dan sentiasa memberi manfaat demi rakyat dan negara.
Salam Maju Johor!
No Comment! Be the first one.