BKJ Fasa Keempat Diperkemas, Lebih Banyak Kaunter Disediakan
Kerajaan Johor akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan terhadap proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi memastikan agihan bantuan kepada rakyat berjalan lebih...
Kerajaan Johor akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan terhadap proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi memastikan agihan bantuan kepada rakyat berjalan lebih tersusun, lancar dan mesra penerima. Antara langkah dipersetujui termasuk melanjutkan tempoh penyerahan bantuan sehingga 28 Jun 2026 selain menambah jumlah kaunter semakan dan bayaran mengikut kapasiti penerima di setiap lokasi bagi mengurangkan kesesakan serta mempercepatkan proses agihan.
Bagi lokasi yang melibatkan lebih 3,000 penerima, sekurang-kurangnya 35 kaunter semakan dan 35 kaunter bayaran akan disediakan, manakala lokasi dengan jumlah penerima 2,000 orang ke bawah akan dilengkapi 10 kaunter semakan serta 10 kaunter bayaran termasuk kaunter aduan dan pertanyaan. Tempoh operasi di lokasi penyerahan bantuan turut dilanjutkan sehingga 12 jam khususnya di daerah Johor Bahru, selain penyediaan ruang menunggu bagi memberi keselesaan kepada penerima terutama golongan warga emas.
Bagi memudahkan urusan, penerima hanya perlu membawa kad pengenalan ketika proses penyerahan bantuan dijalankan, manakala wakil waris terdekat turut dibenarkan mengambil bantuan bagi pihak penerima yang tidak berupaya hadir. Kerajaan Negeri juga menggerakkan Southern Volunteers (SV) untuk membantu warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sepanjang proses penyerahan berlangsung termasuk penghantaran bantuan terus ke rumah bagi penerima layak yang tidak mempunyai waris. Permohonan rayuan BKJ pula akan dibuka mulai 1 Julai 2026 bagi memberi peluang kepada individu layak tetapi belum tersenarai membuat semakan dan permohonan semula.
Kredit gambar: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.