BELAJAR ADD MATHS DARI MOREH SAMPAI KE SAHUR!!??
26/2/2026 – 08:25AM Untuk pengetahuan korang, Aiman tak suka subjek Maths! Siapa macam Aiman? Yang, zaman SPM dulu tak ambil subjek Add Maths? Meh kumpul sini..Semalam, Aiman plan pergi moreh...
26/2/2026 – 08:25AM
Untuk pengetahuan korang, Aiman tak suka subjek Maths! Siapa macam Aiman? Yang, zaman SPM dulu tak ambil subjek Add Maths? Meh kumpul sini..
Semalam, Aiman plan pergi moreh kat rumah cousin yang dah lebih 15 tahun tak jumpa! Nama dia Nur Izham Makhtar.. Aiman yakin, ramai kenal dia sebagai salah seorang pelajar genius Maths masa sekolah dulu..
Masalahnya kan, 15 tahun tak jumpa kan? Kitorang moreh, sedar-sedar dah nak sahur! Astaghaaaa… Korang nak tau tak? Cousin Aiman ni subjek Add Maths dia memang A+ !
Sejak kecik Aiman tau dah dia genius bab Maths ni dan Aiman pulak terbalik dengan dia. Tak tahu kenapa memang tak gemar dengan Maths! Yang pelik, masa zaman sekolah menengah, tak pulak Aiman ajak dia jumpa belajar maths sama-sama kan?
So, malam tadi, Aiman duduk dengan dia, belajar seketul-seketul ADD MATHS dengan MATEMATIK MODEN, ehhhh.. senang pulak nak paham??
Mungkin berkat belajar di bulan mulia kot, dan di sepertiga malam.. Masha Allah, Alhamdulillah, Tabarakallah..
Yang penting, ikatan persaudaraan dengan Izham yang lebih 15 tahun tak jumpa, sekarang bertaut kembali..
No Comment! Be the first one.