RM250k: Datuk Aliff Syukri.
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri berkongsi pengalaman apabila jumlah bagi kos mengecat kediamannya mencecah hampir RM250,000. Selepas hampir 10 tahun menetap rumah di situ, ini...
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri berkongsi pengalaman apabila jumlah bagi kos mengecat kediamannya mencecah hampir RM250,000.
Selepas hampir 10 tahun menetap rumah di situ, ini merupakan kali pertama beliau mengecat keseluruhan rumahnya. Beliau juga sentiasa berfikir panjang untuk mengecat rumah.
Menerusi perkongsian tersebut di Instragram, beliau hampir tidak percaya dengan anggaran kos mengecat itu.
”Dulu saya berimpian untuk ada rumah besar seperti mahligai istana, tapi saya tak fikir panjang berkenaan kos yang perlu ditanggung pada masa akan datang” katanya.
Beliau turut berpesan agar sewaktu muda tidak membuat salah percaturan. masa muda memang darah berkobar-kobar nak kehidupan mewah. Perlu juga fikir tentang kos luar jangka, penyelenggaraan yang perlu ditanggung.
No Comment! Be the first one.