KWSP akan umum dividen Sabtu ini
Kuala Lumpur, 25 Februari 2026: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen bagi tahun 2025 pada Sabtu ini. Ia berdasarkan jemputan media yang dikeluarkan KWSP yang memberitahu...
Kuala Lumpur, 25 Februari 2026: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen bagi tahun 2025 pada Sabtu ini.
Ia berdasarkan jemputan media yang dikeluarkan KWSP yang memberitahu akan mengadakan taklimat berkaitan dividen 2025 pada 28 Februari 2026.
KWSP dijangka mengagihkan dividen 2025 sekitar 5.8 hingga 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.5 hingga 6.0 peratus bagi Simpanan Shariah. Untuk rekod, ini merupakan kadar tertinggi sejak 2017.
Sehingga 30 September 2025, jumlah aset pelaburan KWSP adalah sebanyak RM1.37 trilion, ianya meningkat 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.
No Comment! Be the first one.