Beraya Dengan Saya buah hati baru Tokti.
Penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza melancarkan lagu raya baharu yang berjudul ‘Beraya Dengan Saya’. Buah hati baru beliau ini sudah boleh mula didengar pada 25...
Penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza melancarkan lagu raya baharu yang berjudul ‘Beraya Dengan Saya’. Buah hati baru beliau ini sudah boleh mula didengar pada 25 Februari ini. Lagu terbaharu beliau ini menampilkan genre pop tradisonal yang sesuai dengan muzik masa kini.
Lagu raya beliau ini akan mencipta kenangan dan lirik yang menggamit kemeriahan Syawal akan datang.
Lagu raya ini turut menambahkan koleksi lagu raya beliau. Koleksi lagu raya beliau yang nostalgia seperti Sesuci Lebaran, Bila Hari Raya Menjelma dan Air Mata Syawal turut menjadi pilihan setiap kali musim perayaan.
Untuk rekod, lagu raya beliau yang terdahulu sentiasa mendapat pujian ramai dan menjadi pelengkap setiap kali musim perayaan sekaligus turut mendapat tontonan tinggi di kebanyakkan platform media sosial seperti YouTube.
Lagu raya terkini beliau’Beraya Dengan Saya’ ini boleh Strim di semua Digital Streaming Platforms.
No Comment! Be the first one.