Penyanyi popular Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda binti Ab. Wahab akan menundakan tarikh konsert For You Nourul pada 30 Mei 2026. Konsert yang sepatutnya bakal berlangsung pada 17 April 2026 ini terpaksa ditunda kerana untuk memastikan acara yang cukup besar ini dapat direalisasikan dalam suasana yang terbaik tanpa ada sebarang masalah terutamanya teknikal.
Menurut pihak penganjur, ND Entertainment, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Nourul. Nourul yang hampir tiga dekad dalam industri hiburan sentiasa inginkan yang terbaik.
Selain daripada itu, konsert ini juga bagi memberi penghormatan kepada dua perayaan penting umat islam yang bakal menjelang tiba iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Penukaran tarikh tersebut juga turut memberi kelebihan dari sudut perangkaan produksi dan barisan artis yang bakal menggegarkan konsert For You Nourul.
Penyanyi popular yang terkenal dengan lagu Kerana Terluka itu berharap bakal mendapat sambutan hangat terhadap konsertnya itu.
Peminat juga boleh mendapatkan tiket dengan harga RM198 Sehati Sejiwa, RM298 Cinta Azali, RM328 Keliru, RM388 Kerana Terluka, RM6000 VIP Box.

No Comment! Be the first one.